Khamis, 17 Oktober 2013



Assalamualaikum W.B.T kepada pembaca sekalian. InsyaAllah dalam blog ini ingin dikongsikan beberapa perkara mengenai kemahiran belajar. Anda boleh mengaplikasikannya dalam pembelajaran, kerana kemahiran ini sangat penting dalam mencapai kejayaan. semoga berjaya wahai saudara ku. 
CARA MENINGKATKAN DAYA INGATAN ANDA
Adakah anda kini sudah mengalami masalah daya ingatan yang semakin lemah. Jika masalah ini tidak diatasi dengan segera boleh memberikan banyak masalah. Di sini terdapat beberapa tips untuk meningkatkan daya ingatan anda. 

Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan dan mendapat kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.


PANDUAN MENCATAT NOTA
http://www.sabah.net.my/juipri/blebul1a.gif
Pengenalan
Nota adalah merupakan bahan yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota perlu kerana anda tidak perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari. Nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta.
Mencatat nota adalh satu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesannya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar.
Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikan teknik-teknik dan selok belok untuk menyediakan nota yang bermutu.

http://www.sabah.net.my/juipri/blebul1a.gif
Mengapa perlu Membuat nota ?
1.   Semasa mencatat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik, dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar atau semasa sedang membaca.
2.   Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa yang telah diipelajari daripada guru atau apa yang kita baca.
3.   Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk bila-bila masa atau apabila terlupa.
4.   Mencatat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan.
5.   Nota membolehkan pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari.
6.   Nota yang telah disediakan pada peringkat awal boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan.

http://www.sabah.net.my/juipri/blebul1a.gif
Nota daripada buku teks
Pelajar yang menganggap mencatat nota daripada buku teks hanya membuang masa , haruslah berfikir semula.
Mencatat nota daripada buku teks atau rujukan ada banyak kelebihannya. Misalnya:
1.   Membantu pelajar memhami pelajaran
2.   Berguna jika tidak mampu membeli buku rujukan
3.   Dapat melatih berfikir dapat memningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik.

http://www.sabah.net.my/juipri/blebul1a.gif
Teknik Mencatat Nota
Berikut ada   beberapa panduan di mana pelajar boleh menggunakannya untuk mencatat nota:
1.   Buat persediaan yang lengkap-misalnya pen,pensil,kertas dan buku.
2.   Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat.
3.   Kenalpasti kata kunci. Gunakan formula  [4 w + h]
http://www.sabah.net.my/juipri/blebul1a.gif
What         [Apa]
http://www.sabah.net.my/juipri/blebul1a.gif
Why         [kenapa]
http://www.sabah.net.my/juipri/blebul1a.gif
When        [bila]
http://www.sabah.net.my/juipri/blebul1a.gif
Where       [di mana]
http://www.sabah.net.my/juipri/blebul1a.gif
How           [bagaimana]          

4.    Catatkan isi-isi penting sahaja seperti definisi, keterangan dan        penjelasan.
5.    Lukiskan gambarajah atau carta yang sesuai.

http://www.sabah.net.my/juipri/blebul1a.gif
Ciri-Ciri Nota Yang Baik
1.   Terdiri daripada isi-isi penting [utama].
2.   Nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca.
3.   Nota ditulis di dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran.
4.   Catatkan isi-isi penting sahaja dengan menggunakan ayat sendiri.
5.   Gunakan dalam bentuk point, elakan menyalin ayat yang panjang.
6.   Kalau perlu gunakan kependekan ejaan yang anda boleh faham.
7.   Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda anda seterusnya membawa kepada penumpuan ketika membaca.

http://www.sabah.net.my/juipri/blebul1a.gif
Contoh-Contoh Nota
1.   Peta Minda
2.   Carta
3.   Grafik


KEMAHIRAN MENGAMBIL NOTA

Aspek yang penting dalam kuliah adalah pengambilan nota. Catatan atau nota diperlukan untuk mengingati bahan yang diberikan dalam kuliah . Nota hendaklah ditulis dengan terang ,jelas dan dapat dibaca untuk sesi ulang kaji. Pelajar seharusnya menyediakan ruang dalam kertas catatan untuk pembetulan dan maklumat tambahan yang berkaitan . Amat baik sekali jika pelajar meninggalkan satu pertiga ruang kosong di sebelah kanan buku catatan untuk tujuan tersebut.Sebaik-baiknya, nota yang dicatat dalam kuliah dikekalkan dan sebarang pembetulan dilakukan diatas kertas yang sama. Ini kerana masa untuk menyalin semula nota amat berharga dan lebih bermanfaat kalau digunakan untuk kerja lain .
Dalam kes kuliah yang diberi sebagai garis kasar, pelajar perlu menambahkan catatannya dengan bahan daripada bahan rujukan lain .Untuk mengetahui had sebanyak mana atau sedalam mana catatan yang diperlukan , pelajar perlu menggunakan skop kursus, silibus kursus dan juga panduan dari pensyarah terlibat.
Pelajar perlu sedar , syarahan atau kuliah mengandungi isi utama,bahan bantuan dan bahan simpangan. Isi utama adalah titik pentimg yang hendak disampaikan sementara bahan bantuan sebagai contoh untuk menerangkan isi penting tersebut. Perkara yang tidak bersangkutan dengan bahan utama biasanya diberi oleh pensyarah kerana terlajak , ataupun bahan-bahan lucu untuk menenangkan dan menyegarkan suasana .
Pelajar perlu melatih diri menangkap isi utama yang dibincangkan oleh pensyarah . Isi utamalah yang wajib difahami dan dicatat di dalam nota pelajar .Tidak semua butir-butir perlu diambil, ambil hanya isi utama, kata kunci dan sedikit penerangan yang membantu pemahaman pelajar.Ada baiknya pelajar berbincang bersama rakan untuk menyemak sama ada apa yang ditangkapnya sebagai isi utama itu dipersetujui oleh rakan-rakannya.
Setelah itu , pelajar perlulah melakukan bacaan tambahan dan merujuk kepada buku yang digunakan oleh pensyarah. Pelajar juga boleh mendpatkan rujukan tambahan berdasarkan bibliografi buku yang digunakan tadi.Contoh-contoh soalan peperiksaan dan soalan latihan juga boleh digunakan sebagai sumber maklumat tambahan untuk mengisi garis kasar yang diberikan pensyarah di dalam kuliah.
Nota yang lengkap amat penting dalam persediaan untuk menghadapi peperiksaan.Nota yang lengkap adalah nota yang mengandungi bahan utama,bahan bantuan seperti contoh dan butiran yang membantu pemahaman yang diambil dengan cekap dan pantas.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmrLamI9NBx-2uTZRz2cyBMQkYWvhiCU3_swQ9zbasQxUtH2N_IM5yfqNXzK9h8BXKyYo3p7DZPnNVFiLaA3BcV8ANs6EqH2_qnVd1lel1dDJFFXFbl0wFYDbHMAKPoE3k0ESicyR3qRU/s400/note.jpgNota ialah benda yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota penting dibuat kerana anda tidak perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari. Nota menjaga bahan rujukan, apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta. Mencatat nota adalah suatu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesananya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar.
Mengapa Perlu Membuat Nota?

1. Semasa membuat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar, atau semasa sedang membaca.

2. Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa-apa yang telah dipelajari atau apa-apa yang kita baca.

3. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa atau apabila terlupa.

4. Membuat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan

5. Pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari

6. Boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan

7. Membuat nota daripada buku teks atau rujukan ada banyak kelebihannya, misalnya membantu pelajar memahami pelajaran, berguna jika tidak mampu membeli buku rujukan, dan dapat meningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik.

Teknik Membuat Nota

1. Buat persediaan yang lengkap, misalnya pen, pensel, kertas dan buku.

2. Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat

3. Kenal pasti kata kunci. Gunakan formula ( 4W + H)

* What- apa * Why- kenapa * When- bila * Where- di mana * How- Bagaimana

4. Catatkan isi-isi sahaja seperti definisi, keterangan dan penjelasan

5. Lukiskan gambar rajah atau carta yang sesuai

Semasa tulis nota ringkas, pelajar boleh menggunakan:

1. Perkataan atau prasa yang penting

2. Singkatan: misalnya: dgn= dengan, spt= seperti, U.K.= United Kingdom

3. Lukisan atau lakaran

Pelajar juga boleh menggunakan bentuk nota seperti nota objektif, jadual, carta aliran dan gambar rajah Venn.

Ciri-Ciri Nota Yang Baik

1. Terdiri daripada isi-isi penting (utama)

2. Nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca

3. Nota ditulis di dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran

4. Catatkan isi-isi penting sahaja, dengan menggunakan ayat sendiri

5. Gunakan dalm bentuk point, elakkan menyalin ayat-ayat panjang

6. Kalau perlu menggunakan kependekan ejaan yang anda boleh faham

7. Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda anda, seterusnya membawa kepada penumpuan ketika membaca





KEMAHIRAN BELAJAR


A. KEMAHIRAN MEMBACA


     Dalam proses Kemahiran Belajar, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran, Berikut adalah beberapa teknik dapat membantu mempertingkatkan kemahiran membaca:

  1. Membaca secara BERHATI-HATI
·         Beri tumpuan terhadap apa yang dibaca
·         Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya
·         Elakkan gangguan radio dan televisyen

2.       Membaca secara MENYELURUH
·         Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir
·         Jangan anggap bahagian pengenalan kurang apenting
·         Bahagian pengenalan memberi gambaran tentang isi kandungan bab.

3.       Membaca secara BERULANG-ULANG
·         Bacaan  berulang membantu mengingat fakta dengan lebih baik
·         Isi-isi juga dapat difahami secara mendalam
·         Ini dapat mengelakkan kamu tertinggal membaca fakta penting.

4.       Membaca dalam SUASANA yang SELESA
·         Lampu hendaklah dipasang dengan terang.
·         Suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap.
·         Udara sekitar mestilah mencukupi
·         Suhu bilik sederhana. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika perlu pasang kipas.

5.       Berasa dalam KEADAAN selesa
·         Duduk dengan betul
·         Pastikan kamu tidak deman, pening, selsema dan sebagainya.
·         Jangan berbaring ketika membaca. Kamu mungkin tertidur atau mengantuk.

6.       Baca secara PERPERINGKAT
·         Peringkat permulaan : baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan.
·         Peringkat seterusnya ; membaca isi untuk mendapatkan maklumat: pada peringkat ini teknik mengingat dan menulis nota digunakan.

7.       CATATKAN isi yang dibaca
·         Dengan mencatat kamu menggunakan tiga kaedah sekali gus: membaca, mencatat, mengingat.
·         Ketika mencatat kamu berfikir “Apakah yang perlu dicatat?” Ingatan kamu menjadi lebih tajam.

8.       Gunakan BAHAN PEMBELAJARAN LAIN ketika membaca
·         Pastikan pen,, highlighter, kamus, penanda buku ada di sisi.
·         Tandakan isi-isi penting dengan highlighter.
·         Gunakan kamus untuk mencari perbendaharaan kata yang sukar.
·         Gunakan penanda buku untuk merujuk semula sesuatu bahagian.
·         Gunakan pen untuk menulis isi-isi penting.


B. KEMAHIRAN MENCATAT NOTA


Kemahiran mencatat nota yang berkesan perlu asa kemahiran-kemahiran berikut:

  1. Kemahiran MENDENGAR
·         Digunakan semasa proses pembelajaran
·         Boleh dilakukan serentak
·         Kefahaman dan pengetahuan boleh ditingkatkan.

  1. Kemahiran MEMBACA LAJU.
·         Digunakan semasa menyalin nota daripada buku.
·         Menjimatkan masa menceduk idea-idea utama.
·         Bahan-bahan dapat disusun dengan teratur.

  1. Kemahiran MENULIS
·         Tulisan perlu jelas kerana jika tidak hanya membuat kerja sia-sis sahaja.
·         Mampu menulis dengan cepat dan kemas.
·         Tahu menulis menggunakan huruf singkatan boleh melipatgandakan usaha kamu.
·          

  1. Catatkan KATA KUNCI sahaja.
·         Memilih isi-isi penting sahaja.
·         Dapatkan rumusan yang boleh mengukuhkan kefahaman kamu.
·         Pastikan penggunaan kata kunci yang dipilih boleh difahami.

  1. NOTA RINGKAS dan padat
·         Nota yang dibuat mesti kamu fahami sendiri
·         Nota yang ringkas danpadat boleh menyegarkan ingatan kamu
·         Nota yang dibuat mestilah nota yang boleh meningkatkan tahap ingatan kamu.
  1. Gunakan PERKATAAN sendiri
·         Cara ini menambahkan lagi daya ingatan atau penghafalan kamu.
·         Hal ini kerana nota kamu adalah hak kamu.
·         Hanya kamu yang faham apa yang kamu tulis.

  1. Faham setiap KATA KUNCI
·         Jangan menggunakan kata kunci yang mengelirukan kamu.
·         Masa akan terbuang dan usaha kamu adalah sia-sia sahaja jika nota yang dibuat tidak difahami.

C.     KEMAHIRAN MENGINGAT

Kemahiran belajar tidak lengkap jika kamu tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang diterika hendaklah disimpan agar tidak lupa uantuk dikeluarkan apabila diperlukan. Justeru disini, dicadangkan beberapa kaedah yang dapat membantu mempertingkatkan teknik mengingat:

  1. HAFAL isi yang dibaca
·         Ingatkan perkara yang utama yang perlu kamu ketahui dalam pembacaan itu.
·         Contohnya : Sebelum membuka buku,ingat “apakah warna pelangi dan bagaimanakah pelangi terbentuk?”

  1. Isi DISUSUN dengan betul
·         Sebutkan isi yang kamu hafal
·         Ketika menghafal suara mesti jelas supaya telinga mendengar apa yang kamu hafal.

  1. Tentukan perkara yang perlu DIINGAT
·         Pastikan turutan isi betul
·         Contoh: Kamu ingin mengingat nama bulan.
·         Pastikan kamu menghafal bermula daripada bulan Januari danberakhir dengan Disember.

  1. UJI kemampuan daya ingatan
·         Di sini kamu perlu memainkan dua watak
i-              Penyoal
ii-             Penjawab
·         Cuba “soal” apa yangingin kamu ingat. Kemudian jawab
·         Jika kamu dapat mengingat. Teknik ingatan sedang berlaku.

  1. Lakukan ULANG KAJI sekerap mungkin
·         Baca, baca, baca, dan bacalah selagi ada kesempatan
·         Pembacaan yang berulang kali akan mengukuhkan daya ingatan

  1. Cuba INGAT semula apa yang kamu telah baca.
·         Proses mengingat semula, kebiasaannya dilakukan dalam dua keadaan:
a-    Sebelum tidur
b-    Selepas tidur
·         Kaedah ini mampu mengekalkan ingatan kamu dalam masa jangka panjang.


  1. Praktikkan Penggunaan SISTEM IRAMA
·         Tukarkan ayat atau isi yang hendak dihafal ke dalam bentuk irama.
·         Pilih lagu yang paling kamu gemari.
·         Ingatan menjadi bertambah kuat jika kamu menggunakan irama lagu artis pujaan kamu.


  1. Praktikkan Penggunaan SISTEM GAMBAR.
·         Gambarkan objek yang ada kaitan dengan isi yang perlu dihafal.
·         Contoh: Kamu ingin mengingat perkataan “bank”. Kaitkan dengan gambar “duit”.